PERSEMBAHAN RAJA SEHARI
29 OGOS 2015 - Bertempat di Kampung Permatang Bertam, 5 ahli PSSCM Cawangan Seberang Perai telah memenuhi hajat tuan rumah iaitu Abg Nordin untuk mempersembahkan persembahan silat kepada menantu dan anak perempuan beliau semasa persandingan mereka.
Persembahan dimulakan dengan adat penyerahan keris kepada menantu beliau sebagai tanda penyerahan amanah untuk dipertanggungjawabkan kepada menantunya agar menjadi suami yang dapat memelihara kehormatan dan keharmonian rumah tangga mereka sehingga ke akhir hayat mereka.
Selesai adat penyerahan keris, satu persembahan silat serangan tangan kosong, kaki dan senjata telah dipertontonkan. Persembahan ini selain untuk pengantin, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang Silat Cekak yang amat praktikal dalam mempertahankan diri tanpa senjata. Mudah-mudahan, Allah S.W.T membuka hati-hati mereka untuk mempelajari Silat Cekak Warisan Kesultanan Melayu Kedah yang amat bernilai ini.

0 comments:
Post a Comment