JUBLI EMAS PSSCM

9 JANUARI 2015 - Ahli-ahli PSSCM Cawangan Seberang Perai telah mengambil kesempatan untuk bersama-sama dengan ahli PSSCM seluruh Malaysia dalam Majlis Pelancaran 50 Tahun PSSCM di Menara Kuala Lumpur.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan YM Datuk Hj Maiden Bin Kadir Shah, Presiden dan Guru Utama PSSCM. Kemudiannya majliz ini diserikan dengan ucapan oleh Tan Sri Dato Mahaguru Hj Omardin Bin Mauju, Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.

Majlis telah dilengkapkan dengan ucapan perasmian oleh Tan Sri Rais Yatim yang telah hadir bersama - sama isteri tercinta. Dalam ucapan perasmian beliau, beliau amat kagum dengan pertubuhan silat yang mampu menyatu padukan ahli-ahli dari pelbagai latar belakang termasuk dari sudut perbezaan ideologi politik.

0 comments:

Post a Comment