JEMPUTA DEMO SEMPENA ULANG TAHUN MPSP KE-43
08 OGOS 2015 - PSSCM Cawangan Seberang Perai telah menerima jemputan mengadakan pertunjukan silat sempena Sambutan Ulang Tahun Majlis Perbandaran Seberang Perai ke-43 dengan tema sambutan "Warisan".
Hampir 15 orang ahli dari cawangan turut menjayakan jemputan tersebut termasuklah YDP Cawangan, NYDP dan Penyelia Kelas S.Perai. Pertunjukan telah dimulakan dengan penerangan ringkas daripada Saudara Khalil Mahamud selaku Naib Yang Di-Pertua Cawangan S.Perai. Masa yang diperuntukan hanyalah sekitar 15 minit sahaja.
PSSCM Cawangan Seberang Perai telah melakukan pembukaan kepada pertunjukan silat ini yang turut dijayakan oleh Silat Lincah dan Pesaka Gayung. PSSCM Cawangan S.Perai telah berkesempatan mengadakan pertunjukan dihadapan tetamu kehormat.
Pertunjukan telah diadakan di perkarangan depan lobi Bangunan MPSP di Perda. MPSP turut mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri dan lelongan barang-barang MPSP.

0 comments:
Post a Comment