SEJARAH PENUBUHAN KELAS LATIHAN MSI UniKL
Hasil inisiatif Penasihat PSSCM Kolej Mara Kulim, En Abdul Karim Bin Abdul
Aziz yang lebih dikenali sebagai Cikgu Karim PSSCM berjaya membuka kelas
latihan di UniKL MSI. Satu perjumpaan telah diadakan di Pejabat Dekan UniKL
yang melibatkan Dekan MSI, Prof Madya Dr. Rusli bin Othman, Pegawai hal Ehwal
Pelajar UniKL MSI, En Ismail Bin Masri, Cikgu Karim dan wakil PSSCM Cawangan
Seberang Perai En. Khalil Mahamud.
Secara rasminya Kelas Latihan PSSCM UniKL MSI bermula setelah Majlis Ijazah
Pertama diadakan di Surau UniKL MSI pada 09.04.2006 dan seramai 7 orang ahli
diijazahkan oleh Y.M. Tn Hj. Ishak
Bin Itam. Majlis tersebut telah diadakan setelah satu demonstrasi diadakan di
Dewan UniKL MSI yang berjaya menarik minat seramai 43 orang. Ijazah seterusnya
diadakan pada 5.8.2006 dan 9 orang ahli telah diijazahkan.
Pada mulanya kelas latihan telah diadakan di
kawasan lapang di belakang Bangunan Pentadbiran UniKL MSI. Kini pada tahun
2013, kelas telah diubah ke tempat yang lebih sesuai iaitu gelanggang bola
jaring berhadapan dengan Dewan Utama Ibnu Hazm. Penasihat yang pertama adalah
En Ismail Bin Masri yang kemudiannya diganti oleh Cik Nurazlin Binti Mohd
Yaakop. Bermula tahun 2009 sehingga kini, Ustaz Azhar Bin Aziz dilantik sebagai
Penasihat yang ketiga setelah Cik Nurazlin ditukarkan ke Melaka.
Antara tenaga pengajar yang terlibat di kelas
latihan UniKL MSI adalah penyelia, En Khalil Bin Mahamud, penasihat, Ust. Azhar
Bin Aziz, En Ishak Bin Ismail, En Roslan Bin Md Isa dan En Rusdi Bin Md Isa.
0 comments:
Post a Comment