PENYERAHAN TUGAS

4 APRIL 2015 -  Saudara Fahmi Ayob selaku bekas Setiusaha PSSCM Cawangan Seberang Perai, telah memberikan laluan kepada Saudara Syaifan Hazizan untuk meneruskan perjuangan sebagai setiausaha. Pengunduran beliau adalah kerana kekangan masa kerja yang menyukarkan beliau untuk memberikan komitmen kepada persatuan. Namun beliau akan menyokong penuh segala aktiviti persatuan dengan turut hadir menyertai program-program yang dilaksanakan. Beliau juga telah menyerahkan tugas beserta bahan-bahan keperluan setiausaha secara rasmi dan bertulis dengan penyaksian Yang Di-Pertua Cawangan serta AJK 2015/2017 semasa mesyuarat AJK Pertama Tahun 2015.

0 comments:

Post a Comment