SEJARAH PENUBUHAN KELAS LATIHAN SEK. MEN. SAINS KEPALA BATAS

Penubuhan kelas latihan di Sekolah Sains Kepala Batas adalah merupakan hasil daripada permohonan pihak cawangan untuk menyewa asrama bagi melaksanakan program cawangan. Ia telah menarik perhatian pentadbiran sekolah untuk menjadikan Silat Cekak sebagai suatu aktiviti kokurikulum sekolah. Saudara Afif Bin Mistar pada ketika itu telah diberikan tugas untuk membuat permohonan penyewaan asrama.
            
Permintaan pihak sekolah tidak dapat dilaksanakan oleh cawangan pada ketika itu kerana ketiadaan tenaga pengajar yang dapat mengikuti masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah sehinggalah tahun 2013.
             
Pihak cawangan telah meminta Saudara Mohd Hizam Bin Hussain untuk meneruskan usaha membuka kelas di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas. Beliau telah menghantar kertas kerja permohonan pembukaan kelas latihan Silat Cekak kepada Encik Masrizal Bin Musa. Beliau merupakan seorang guru disitu yang telah diminta oleh Penolong Kanan Pentadbiran untuk berurusan dengan pihak cawangan. Secara kebetulan, Encik Masrizal juga merupakan ahli PSSCM di Universiti Sains Malaysia.
             
Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak pentadbiran sekolah, pihak cawangan telah melantik Encik Mohd Hizam Bin Hussain sebagai penyelia kelas disitu dan dibantu oleh Encik Solhin Bin Rizwan, Ustaz Fuad, Puan Nor Fazlina Binti Rizwan dan Puan Nurfatin.
             
Demo penerangan pertama telah diadakan pada bulan Mac 2014 kepada seramai lebih 150 pelajar tingkatan 4 dan 5. Namun begitu, para pelajar tidak menunjukkan minat malah pada perjumpaan pertama dengan pelajar yang memberi nama adalah gagal kerana tiada pelajar yang hadir.
             
Namun begitu, dengan bantuan seorang pelajar iaitu Nurezzatul Shazlin Binti Shamsul Akmal, telah berjaya mengumpul seramai 18 orang pelajar yang betul-betul berminat untuk belajar Silat Cekak.
            
Kelas Latihan Sekolah Menengah Sains Kepala Batas telah dibukan dengan rasminya pada 3 April 2013 bersamaan 23 Jamadil Awwal 1434Hijrah iaitu pada hari Rabu kira-kira jam 3.00 petang bertempat di surau sekolah tersebut.
            
Pada hari tersebut juga, majlis ijazah pertama telah dilaksanakan dengan lancer sekali. Seramai 18 orang murid telah dengan rasminya menjadi penuntut Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. 

18 orang murid Kelas Pertama Kelas Latihan SM Sains K.Batas, Pulau Pinang.

Kelas latihan ini telah mendapat seorang guru penasihat bagi menguruskan dan melancarkan perjalanan kelas latihan iaitu Encik Masrizal bin Musa yang juga merupakan penuntut Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia semasa beliau belajar di Universiti Sains Malaysia.  

YM GURU UTAMA DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH

0 comments:

Post a Comment