PERBARISAN MERDEKA KE-58

31 OGOS 2015 - Sambutan Merdeka yang ke 58 di Pulau Pinan telah di adakan di Bandar Perda, Seberang Perai dengan menyaksika seramai 95 orang Ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Seberang Perai, Pulau Pinang, UniKL-MSI Kulim, UiTM P.Pinang dan USM telah sama-sama dalam acara perbarisan.

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia merupakan satu-satunya pertubuhan silat yang menyertai perbarisan pada tahun ini dan akan sentiasa memastikan penyertaannya setiap tahun. Objektif penyertaan ini adalah bertujuan untuk membuka mata masyarakat tentang hebatnya ilmu yang telah ditinggalkan oleh datuk nenek kita yang terdahulu dalam mengasimilasikan ilmu dunia dan akhirat selari dengan syariat agama Islam.

Ucapan Penghargaan YDP PSSCM Cawangan Seberang Perai :

"Terima kasih kepada semua ahli PSSCMCSP yg sudi berkorban masa, tenaga dan wang hadir berarak di Sambutan Merdeka peringkat negeri P.Pinang hari ini. Dengan kehadiran kita, sekurang-kurangnya kita memberi mesej bahawa kita masih ada di bumi P.Pinang ini serta masih memelihara warisan datuk nenek kita.

Kita telah meletakkan tempat setaraf mahupun lebih lagi drpd peserta perarakan lain yg kehadiran mereka dibayar elaun dan diberi uniform oleh jabatan/organisasi mereka. Berbanding dgn kita, semuanya kita lakukan dgn duit kita sendiri, tanpa harapkan balasan..semuanya demi perjuangan kita ini.

Syabas saya ucapkan kepada semua yg hadir, termasuk penuntut-penuntut daripada uitmpp.

Di tahun hadapan, cwgn sbrg perai perlu tingkatkan lagi penyertaan. "











1 comments:

Walaupun x d bayar elaun..atas kesedaran dgn rela

31 August 2015 at 14:35 comment-delete

Post a Comment