SEJARAH PENUBHAN KELAS LATIHAN UiTM PULAU PINANG
Penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di kampus
UiTM Pulau Pinang bermula dengan kekuatan 7 orang ahli PSSCM yang kesemuanya
ditukarkan dari UiTM Arau ekoran perpindahan Fakulti Kejuruteraan Awam di UiTM
Arau Ke UiTM Pulau Pinang. Lantas,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
mengorak langkah membuka kelas latihan dan seterusnya membuat pengambilan dari
kalangan warga Kampus UiTM Pulau Pinang sebagai ahlinya.
Tertubuhnya Persatuan Seni Silat
Cekak Malaysia di UiTM Pulau Pinang adalah atas daya usaha Saudara Noorul Fahame Bin Mohd Rodzi Pada 10 Januari 2004, bertempat di bilik 4-4-5,
Anjung Etika (iaitu bilik kediaman
Zubir dan Tengku Firdaus). Satu mesyuarat telah diadakan bagi membentuk satu
organisasi sementara sebagai Jawatankuasa Penaja. Dengan restu Guru Utama YM
Tuan Haji Ishak Bin Itam, dan bantuan yang tidak terhingga dari Cawangan
Seberang Perai (PSSCM-CSP), segala urusan penubuhan persatuan berjalan dengan
lancar.
Pada tanggal 21 Januari 2004, secara rasmi penubuhan PSSCMUiTMPP disahkan dengan
kekuatan anggota seramai 7 orang. Selepas itu PSSCMUiTMPP mula merangka
aktiviti bagi mencapai matlamat untuk membuka kelas latrihan dan mendapatkan
ahli baru. Majlis Demonstrasi, Pameran Statik dan Pengambilan ahli baru yang
pertama anjuran PSSCMUiTMPP telah berlangsung pada 28 Julai 2004 dan Majlis Ijazah pertama pada 7 Ogos 2004 berjaya menarik minat 32 pelajar UiTMPP untuk menyertai PSSCMUiTMPP. Manakala pada
pengambilan kedua yang dilakukan tanpa pameran dan demonstrasi tetapi hanya menggunakan
risalah-risalah yang diedarkan dari bilik ke bilik telah menarik minat seramai
14 orang ahli baru dan diijazahkan pada 6 Disember 2004.
Penubuhan Ahli Jawatankuasa baru
dalam Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan telah diadakan pada 26 Februari 2005 bagi menggantikan Ahli
Jawatankuasa Penaja. Seramai sebelas orang ahli telah dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa yang pertama dan mereka terdiri daripada ahli yang sedia ada dan
ahli baru. Dalam tempoh selama satu tahun telah banyak aktiviti diadakan untuk
menarik penuntut khususnya penuntut daripada kampus ini menyertai PSSCMUiTM.
Hasilnya, pada majlis Ijazah Pertama yang diadakan pada 6 Ogos 2005, seramai 35 orang
ahli baru telah mendaftar dan diijazahkan dan sehingga kini bilangan ahli
PSSCMUiTMPP hampir mencecah 60
orang.
Pada tanggal 7 April 2006 yang lalu, Perlantikan ahli Jawatankuasa yang baru
telah diadakan di Dewan Kuliah 1 UiTMPP. Seramai 12 orang ahli jawatankuasa baru telah dilantik bagi sesi 2006/2007
bagi memantap dan melicinkan lagi pergerakan PSSCM di UiTM Pulau Pinang ini.
![]() |
EXCO PENAJA PENUBUHAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PULAU PINANG |
0 comments:
Post a Comment