KONVOKESYEN KE-31 (ZON UTARA PSSCM) DAN FORUM
6 Disember 2014 – Dewan Ibnu Hazm, Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Spanish Institute telah menjadi saksi kepada dua program sempena Perayaan 49 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dengan berlangsungnya Majlis Konvokesyen Ke-31 (Zon Utara PSSCM) dengan penuh adat istiadat Melayu dan Majlis Forum dengan tajuk “Budaya Warisan Menjana Modal Insan”.
Seramai hampir 600 peserta datang memeriahkan majlis yang julung-julung kali di kelolakan oleh PSSCM Cawangan Seberang Perai. Bagi memastikan kedua-dua program ini berjalan lancar, lebih dari 100 orang ahli jawatankuasa program telah dilantik disamping mendapat kerjasama dan bantuan daripada Unit Protokol dan Unit Pendaftaran daripada Urusetia PSSCM serta bantuan daripada cawangan Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis bagi melancarkan perjalanan majlis.
Seramai 219 orang penerima Sijil Rendah PSSCM dan 21 orang penerima Sijil Menengah telah hadir untuk menerima pengiktirafan yang telah diberikan oleh Yang Mulia Guru Utama Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah kepada mereka. Konvokesyen pada kali ini telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican selaku Ahli Parlimen Kepala Batas, P.Pinang yang juga merupakan ahli PSSCM. Beliau turut berbesar hati untuk menyampaikan sijil pada kesemua penerima Sijil Rendah dan Sijil Menengah PSSCM. Majlis telah berjalan dengan suasana gilang gemilang dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.
Pada sebelah petangnya pula, iaitu pada kira-kira jam 3.00 petang, Forum “ Budaya Warisan Menjana Modal Insan” dengan Prof. Madya Ar. Dr. Hj. Ab. Majid bin Ismail sebagai Moderator dan Dato’ Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia serta Dato’Mohd Khalis Bin Abd Rahim, Ketua Pegawai Modal Insan, Telekom Malaysia sebagai ahli panel.
Majlis Konvokesyen dan Forum ini, turut dihadiri oleh Prof. Dr. Abu Talib Bin Othman, Dekan Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Spanish Institute (UniKL-MSI), Kulim, Kedah Darul Aman. Sebagai tuan rumah, turut telah berucap semasa Majlis Konvokesyen Ke-31 dan menghadirkan diri sebagai tetamu kehormat semasa Majlis Forum pada kali ini. Beliau telah memberikan maklum balas yang positif dan sangat berasa bangga dengan penganjuran majlis oleh PSSCM di UniKL-MSI.
Majlis Konvokesyen dan Forum telah selesai dengan jayanya sekitar jam 6.30 petang.

SEKITAR KONVOKESYEN KE-31
SEKITAR FORUM
"BUDAYA WARISAN MENJANA MODAL INSAN"
0 comments:
Post a Comment