DEMONSTRASI JEMPUTAN DEWAN BAHASA & PUSTAKA

11 Oktober 2014 - Dewan Bahasa & Pustaka telah menjemput Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Seberang Perai untuk mengadakan demonstrasi dan penerangan sempena program meraka iaitu Karnival Bahasa di Tesco Seberang Jaya.

Pihak Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Seberang Perai telah mengambil inisiatif untuk turut menjemput Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Kelas Latihan UiTM P.Pinang, Kelas Latihan USM Induk dan Kelas Latihan USM Kampus Kejuruteraan.

Seramai lebih 40 orang ahli telah terlibat menjayakan demonstrasi penerangan ini selama 2 jam telah dibahagikan kepada 2 sesi. Program telah bermula jam 12.30 t.hari dan tamat pada jam 3.00 petang.

0 comments:

Post a Comment