DEMO PENERANGAN SUNGAI DUA

13 SEPTEMBER 2015 - Sempena Program Kesejahteraan Rakyat (Kesedaran Kesihatan) Kadun Sungai Dua 2015 dan Pelancaran KOSPEN, PSSCM Cawangan Seberang Perai telah diberi ruang untuk mendekati masyarakat dan mempromosikan gaya hidup sihat dengan mempelajari Silat Cekak.

Persembahan telah dibuat dihadapan YB Mohamad Yusoff Bin Hj Mohd Noor dan masyarakat Sungai Dua di perkarangan Masjid Jamik Hj Abdul Rashid, Sungai Dua, Butterworth.

Penerangan dan ulasan telah diberikan oleh Naib YDP Cawangan Seberang Perai iaitu Saudara Khalil Bin Mahamod. Turut hadir adalah Penyelia Kelas Cawangan Seberang Perai iaitu, Saudara Rosli Jusoh, Setiausaha Cawangan Seberang Perai, Saudara Syaifan Bin Hazizan, Penasihat Kelas Latihan USM Transkrian, Dr Nora beserta anak-anak, dan isteri kepada peserta demo dan anak-anak, turut bersama memberi semangat.

0 comments:

Post a Comment