TAKBIR RAYA AIDILFITRI 2015
16 JULAI 2015 - Majlis Takbir Hari Raya Aidilfitri telah dilaksanakan dibawah pengelolaan Biro Agama dan Kerohanian Saudara Ahmad Solhin Bin Riduwan.
Majlis telah dihadiri hampir 20 orang ahli bagi memuliakan malam kemenangan setelah sebulan berpuasa. Semoga segala amalan dan didikan diri dapat dikekalkan pada bulan-bulan yang mendatang.
Majlis ini diakhiri dengan bersalaman antara satu sama lain memohon kemaafan atas kesalahan zahir dan batin yang telah dilakukan antara sedar atau tidak. Semoga silaturrahim antara ahli semakin bertambah kuat yang seterusnya memberi kesan positif kepada perkembangan cawangan khususnya dan persatuan amnya.
0 comments:
Post a Comment