MAJLIS BERBUKA PUASA
4 July 2015 - Bertempat di Bilik Perdana, Tingkat 2, Bangunan Perdana UiTM Palau Pinang, Majlis Berbuka Puasa PSSCM Cawangan Seberang Perai dengan kerjasama Kelas Latihan UiTM Pulau Pinang.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengarah Program iaitu Saudara Wan Ruzaini Bin Wan Sulaiman. Seterusnya majlis telah dirasmikan oleh YDP PSSCM Cawangan Seberang Perai, Saudara Shahril Bin Shahrom.
Sebagai mengenangkan jasa Almarhummah Datin Roznida Binti Ali Omar dan Allahyarham Saudara Syafiq Bin Roslin, satu tahlil khusus telah di laksanakan secara berjemaah dengan di khalifahkan oleh Saudara Syaifan Bin Hazizan.
Satu ceramah berkaitan Nuzul Al-Quran telah disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Shahran Bin Che Mat yang juga merupakan Pakar Kaunseling.
Tepat jam 7.37 malam, azan Maghrib telah dilaungkan dan bacaan doa berbuka telah dibacakan kemudian para hadirin menjamu selera.
0 comments:
Post a Comment