MAJLIS IJAZAH
3 MAC 2015 - Seramai 40 orang penuntut dari Kelas Cawangan Seberang Perai, UiTMPP dan UniKL-MSI telah diijazahkan pada pelbagai peringkat di Kolej Baiduri, UiTM Pulau Pinang.
Majlis telah dimulakan pada jam 9 malam dengan alunan Selawat Badriah secara beramai-ramai yang telah di ketuai oleh NYDP PSSCM Cawangan Seberang Perai iaitu Saudara Khalil Mahamud. Majlis diteruskan dengan ucapan YM Guru Utama Datuk Hj Maideen Kadir Shah.
Di dalam ucapan, beliau telah menekankan bahawa ilmu yang dibawa oleh beliau dan guru-guru sebelum ini mempunyai sandaran pada al-quran dan sunnah yang kukuh. Ilmu ini telah dikembangkan selama 50tahun setelah kelahiran semula ia ke alam nyata dan telah memberikan bukti bahawa ia suatu ilmu yang amat baik yang telah ditinggalkan oleh datuk nenek kita dahulu.
0 comments:
Post a Comment