PERBARISAN MERDEKA 2014

31 Ogos 2014 - Seperti tahun-tahun yang lalu, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Seberang Perai dan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah berkolaborasi bagi menjayakan perbarisan sempena Hari Kemerdekaan Negara yang ke-57.

Penyertaaan ini antara lainnya adalah bertujuan untuk menonjolkan kewujudan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Seberang Perai kepada jabatan kerajaan dan masyarakat dalam berperanan menyediakan pengisian bagi mengisi jiwa merdeka rakyat Malaysia. Mengisi jiwa merdeka dengan pengisian yang tepat akan membantu negara mencapai tahap negara maju tanpa kehilangan identiti rakyatnya.

 

0 comments:

Post a Comment