SMART LEARNING @ KELAS LATIHAN UiTM P.PINANG

12 Julai 2014 - Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM P.Pinang telah mengadakan Program Pembelajaran Pintar bagi membantu para ahlinya untuk mengekalkan kecemerlangan akademik disamping bergiat aktif dalam PSSCM.

Adalah menjadi kewajipan bagi setiap ahli untuk mengutamakan pelajaran kerana itulah harapan ibu bapa yang mereka galas saat mendaftar di sini. Selaras dengan pantang larang Silat Cekak. Sekiranya harapan ibu bapa ini tidak ditunaikan dengan sebaiknya, tentulah telah mengguris perasaan ibu bapa masing - masing.

Menyedari hakikat ini, PSSCM amat menitik beratkan prestasi akademik para ahli. Oleh yang demikian, program ini juga telah diberi bimbingan pakar Pembelajaran Pintar yang juga merupakan ahli PSSCM sendiri.

Di dalam progam ini, ia menitik beratkan bimbingan individu. Maka bilangan peserta amat dihadkan agar objektif program dapat dicapai dengan mudah.




0 comments:

Post a Comment