PERJUMPAAN PESAKA BERSAMA Dr. Afif
21 Jun 2014 - Bertempat di Bilik Anggerik, Bangunan Majlis Perbandaran Seberang Perai, Perda, satu perjumpaan antara Dr. Afif selaku Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan wakil dari PESAKA Pulau Pinang telah diadakan untuk membincangkan bagaimana beliau dapat membantu merancakkan lagi perkembangan Seni Silat di Pulau Pinang.
Setelah beberapa beliau melihat dan mendapati, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah tertinggal satu aspek penting iaitu membantu dalam mengembangkan silat. Pada perjumpaan ini, beliau meminta cadangan dari pihak PESAKA bagaimana perkara ini dapat dilaksanakan bersama-sama.
Perwakilan dari PESAKA pada amnya, meminta agar Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang berbangsa Melayu lebih aktif dalam perkara-perkara berkaitan persilatan seperti merasmikan dan mengadakan pertandingan-pertandingan persilatan di peringkat negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa.
Wakil daripada PSSCM Cawangan Seberang Perai turut mencadangkan agar, sebarang jenis program, festival dan seminar dibawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, satu ruang pameran diberikan kepada PESAKA secara percuma untuk memberi maklumat kepada masyarakat agar tiada isu salah faham berlaku serta dapat menarik minat mereka untuk mendalami Seni Silat. Ruang pameran itu pula dibahagikan kepada mana-mana pertubuhan persilatan dibawah PESAKA Negeri Pulau Pinang yang berminat untuk melakukan pameran dan mini demonstrasi.

0 comments:
Post a Comment