LATIHAN BERSAMA GURU UTAMA 2014
15 Jun 2014 - Dewan Gemilang,UniKL BMI,Gombak, Selangor Darul Ehsan. Telah berlangsung Program Latihan Bersama Guru Utama yang julung-julung kali di adakan. Pelancaran 10Tahun PSSCM UniKL BMI turut dilaksanakan bersama-sama dengan program ini.
Ahli-ahli PSSCM Cawangan Seberang Perai turut tidak melepaskan peluang untuk bersama didalam program ini.
Selepas selesai program Pelancaran Perasmian 10 th PSSCM UniKL BMI,majlis di teruskan dengan deklamasi sajak oleh Sdr Che Masraden Mohamad dan ikrar "taat Setia" diketuai oleh Sdr Mohd Hafiz Jamil Setiausaha Agung PSSCM.
YM Datuk Hj Maideen Guru Utama & Presiden PSSCM telah membuat ucaptama dan merasmikan program tersebut. Beliau sudi turun ke padang "bersilat bersama dengan anak-anak murid nya" termasuk Ahli Jawatan Kuasa Pusat,Ahli LPT dan YDP PSSCM Negeri.
Barisan Pemegang Parang Lading seramai hampir 35 orang telah mempamirkan persembahan Parang Lading diketuai oleh Sdr Safaran Ahmad Pengerusi Persilatan PSSCM.
Sebelum majlis berakhir YM Datuk Hj Maideen telah menyampaikan amanat kepada seluruh kepimpinan PSSCM agar bersama dan bersatu bagi mencapai matlamat yang telah ditinggalkan oleh Guru-guru PSSCM sebelum nya.

0 comments:
Post a Comment