KARNIVAL BELIA 2014

18 MAY 2014 -Dalam kekalutan kerana notis yang singkat, PSSCM Cawangan Seberang Perai berkolaborasi dengan Kelas Latihan UiTM P.Pinang telah berjaya menyertai KARNIVAL BELIA pada hari ini bermula jam 9.30pagi di SUNSHINE Kepala Batas.

Masa yang diberikan juga cukup singkat iaitu hanya 3minit. Namun ia merupakan peluang yang besar kepada PSSCM untuk mengajak lebih ramai Orang Melayu membuat persediaan dan menjadikan ia pelangkap DOA kita agar Allah S.W.T terus mengurniakan keamaan dan kemakmuran kepada NEGARA tercinta.

NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA.

Demonstrasi ini turut disertai oleh pelbagai jenis seni beladiri seperti Silat Lincah, Taekwando, Karatedo dan Tai Chi yang telah secara serentak melaksanakan pergerakan masing-masing.

Namun, persembahan dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia cawangan Seberang Perai, telah menjadi satu persembahan khas kepada tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Menteri Belia dan Sukan dan juga perasmi pada majlis ini dan Yang Berhormat Dato Seri Reezal Merican Bin Naina Merican selaku Ahli Parlimen Kepala Batas.

Dengan ini, kita bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNYA, dengan berkat kekasihnya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, serta berkat guru-guru, karomah ibu, hikmah bapa dan perpaduan yang diberikan oleh ahli-ahli, maka penyertaan ini menjadi cukup bermakna kerana mendapat tumpuan tetamu kehormat dan pengunjung-pengunjung yang tidak dirancang.

4 comments:

Tahniah PSSCM. Semoga terus maju kehadapan seiring dgn pembangunan bangsa dan ummah.

18 May 2014 at 18:52 comment-delete

Rugi x dpt join insyaAllah next time

19 May 2014 at 01:01 comment-delete

Torbayik

19 May 2014 at 10:15 comment-delete

tahniah :))

20 May 2014 at 21:38 comment-delete

Post a Comment