22 Disember 2015 : Alhamdu lillah, satu program Ceramah Ancaman dan Keselamatan Di Kampus, anjuran bersama PSSCM UiTMPP, Persatuan Kebajikan Anggota SUKSIS dan J/kuasa Perwakilan Kolej A UiTMPP.

Program ini dirasmikan oleh YDP PSSCM Caw. Seberang Perai En. Shahril Shahrom dan ceramah telah disampaikan oleh DSP Zakaria b. Majid, Ketua Polis Bantuan UiTMPP dan penerangan PSSCM disampaikan oleh En. Hizam b. Hussain, KP PSSCM CSP.
Turut hadir adalah Puan Saadiah, Pengurus Kolej A, UiTMPP.

DSP Zakaria turut menyatakan hasrat utk menghantar anggota Polis Bantuan UiTMPP utk mempelajari Seni Silat Cekak Malaysia.

24 DISEMBER 2015 - Perbarisan Kontinjen PSSCM Negeri Pulau Pinang Perarakan Maulidurrasul S.A.W 1437 peringkat Negeri Pulau Pinang diketuai oleh saudara Khalil Mahamud dan  55 orang ahli daripada PSSCM Cawangan Seberang Perai dan Cawangan Pulau Pinang. Turut hadir Prof Ar. Dr. Hj Abd Majid Bin Ismail Naib Presiden PSSCM. Berarak sambil berselawat memuliakan baginda Nabi Muhammad S.A.W. Kelahiranmu, kasih mu membawa sinar dan rahmat untuk seluruh alam

Sollu alaih hiwasallimu taslima
Allahumma solli wasallim wabarik alaih.

Rasulullah ikutan sepanjang zaman
Sunnahmu membawa erti kasih sayang yang sebenar.

05 DISEMBER 2015 - Bersempena "Grand Charity Sale" anjuran UiTMPP Kampus Bertam, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTMPP telah dijemput untuk mengadakan pertunjukan perasmian program di depan Penolong Rektor UiTMPP kampus Bertam, Dr Suraya Sulaiman dan para tetamu kehormat yang lain.

Persembahan ini telah dijayakan bersama PSSCM Cawangan Seberang Perai.



28 NOVEMBER 2015 - PSSCM Kelas Latihan USM Kampus Kejuruteraan, Transkrian, Nibong Tebal telah melaksanakan Progran Kelas Teori dan Bengkel Penulisan bertempat di Dewan Kuliah 6.

Ahli-ahli Cawangan S.Perai, Kelas Latihan UiTM P.Pinang dan UniKL MSI tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama mengambil peluang menimba ilmu pengetahuan bagi menambah kefahaman dan keyakinan berkaitan Silat Cekak disamping ilmu penulisan kertas kerja.

Aturcara Program :

Kelas Teori & Bengkel Kertas Kerja
28 November 2015 (Sabtu)
Dewan Kuliah 6 (USM Kampus Kejuruteraan)

8:00 pagi : Pendaftaran peserta
8:30 pagi : Ketibaan VIP
8:35 pagi : Selawat dan bacaan doa
8:50 pagi : Ucapan aluan pengarah program
9:00 pagi : Ceramah oleh Tuan Hj. Ghazali (Sejarah Silat Cekak)
10:30 pagi : Rehat
11:00 pagi :  Ceramah oleh Tuan Hj. Harun (Silak Cekak dari perspektif Islam)
12:30 t.hari : Rehat
2:00 ptg : Bengkel format dsb kertas kerja oleh Dr. Nurazreena
3:00 ptg : Bengkel Bahasa, penulisan dan pembentangan kertas kerja oleh Pn. Safiah
4:00 ptg : Ucapan penyelia
4:15 ptg : Ucapan penutup oleh PM Dr Abdul Majid
4:30 ptg : Majlis tamat